First and foremost, this post will be in BM:)!
Apa khabar iman?? sudahkah anda bersykur atas segala nikmatNYA pada hari ni? Semoga anda dibawah payung rahmatNYA...
Finals minggu depan! Dan lepas tu Zatil akan pijak di bumi ANBIYA! Layak ke saya ke sana? Itula persoalan yang selalu ku tanya...
Tadi lepas mini daurah, ada kawan tanya...macam awak boleh ikut jek akak2 tu? Macam mana awak boleh percaya mereka? Baru jek kenal, dah jadi rapat..
Itulah soalan paling popular dalam bidang tarik menarik orang di INTEC. Dan jawapannya sangat senang...
Ukhuwah dalam berdakwah...
Jawapan sangat ringkas tapi mendalam. Saya pun tak tau macam mana nak terangkan...bila matlamat kita semua satu, bila kita sudah betul2 faham...tak kisahla dengan siapa kita jumpa..ikatan ukhuwah akan ada..
Yang sedihnya, kawana2 saya kat sini tak dapat rasa kemanisan ukhuwah itu, mereka selalu mempertikaikan akak2 yang selalu datang..sangat sedih..tapi itulah cabaran dalam dakwah.
"Orang beriman selalu akan diuji.."
Setelah 3 bulan duduk di INTEC, dah banyak sangat akak2 bagi. Tarbiyyah kat sini sangat hebat, tetapi yang sedihnya kawan2 saya tak nampak..tak faham. Sedih sangat..ada satu kali usrah ni, semua ahli usrah rasa sedih..sebab kawan2 kami semua tak faham dan menolak kebenaran...
Jika Hassan al-Banna menangis setiap malam kerana keadaan masyarakatnya, pada usrah itu kami pon menangis kerana keadaan kawan2 kami..
Pada waktu tu rasa macam, Ya Allah..apa salah saya? Kenapa kawan2 saya lari dari jalan Allah? Hatiku sangat sedih..rasa macam..ntahla..tapi akak2 selalu cakap..
Dalam dakwah ni, kita tak boleh mengharapkan hasil..macam Syed Qutb tulis. Seorang da'ie tak mengharapkan hasil, yang dia tahu hanya usaha. Hasil itu dari ALLAH, yang penting kita usaha sedaya upaya. Rasullulah pon macam tu jugak..
Rasullulah usaha memang betul-betul usaha..sehingga bila balik dari Taif, setiap langkahnya kasut berbunyi..berbunyi sebab kasutnya penuh dengan darah..dan diriwayatkan Baginda telah jumpa tiap orang di Mekah sebanyak 3 kali bagi menyeru manusia kepadaNYA!
Rasullulah tak sempat pun tengok ISLAM capai kegemilangan ketika di zama Abasiyyah..tetapi Baginda berusaha dan percaya, satu hari nanti ISLAM akan naik..
Bila dah faham konsep ini, barulah hati ini terubat. So sekarang, dalam masa 2 minggu yang tinggal di INTEC, saya kena usaha..usaha untuk ajak kawan2 untuk mengenalNYA..harap2 semua berjalan dengan lancar..ameen..
1 comment:
huhu..alhamdulillah awk ada kkk yg menjadi pembimbing..keep posting n updating ur blog! I NEED to be polished back..dah lame xusrah2 yg manthop2 nie..usrah kat cnie pon mcm mdp yg sgt byase..sgt3 byase..nothing yg manthop..ana rindukan perisian mcm daurah sume tuh! aaa.. kat cnie pon bleh tahan gak r mencabar..alhamdulillah..kkk roommate kite dah pakai inner tudung..satu perubahan +ve! moga dya istiqamah..ameen! nway, go go hidayah! never give up!
Post a Comment